Era Visi Sdn BhdEra VisiSdn. Bhd.

Pengenalan

Syarikat penerbitan dan pengedaran buku serta bahan ilmiah milik penuh Bumiputera.

Ditubuhkan 8.7.1993

Era Visi Sdn. Bhd. (EVSB) ialah syarikat milik penuh Bumiputera yang terlibat dalam bidang penerbitan serta pengedaran buku dan bahan ilmiah. Syarikat ini ditubuhkan pada 8 Julai 1993 sebagai syarikat penerbitan buku, dan kemudian berkembang sebagai salah sebuah pengedar buku di pasaran tempatan termasuk pembekalan buku kepada badan-badan kerajaan sebagai Kontraktor Buku Berpusat. Antara kejayaan syarikat termasuklah pembekalan buku di bawah projek Nilam/Bank Dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Projek Pembekalan Buku ke Perpustakaan Luar Bandar KEMAS.

Selain penerbitan, pengedaran dan percetakan buku, kedai buku dan kontrak kedai buku sekolah, EVSB turut menceburi pembekalan kertas dan alat tulis serta perkhidmatan IT dan multimedia. Dengan gabungan kepakaran dan pengalaman tenaga penggeraknya, EVSB bersedia dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah lama bertapak di pasaran.

33 tahun pengalaman
8 warga kerja
Pemilikan
100% Bumiputera
Status
Kontraktor Buku Berpusat
Projek berjaya
39

Misi

Menjadi sebuah syarikat ‘conglomerate’ Bumiputera yang cemerlang dan berwibawa bagi perkhidmatan dan pembekalan berkaitan dengan bahan pendidikan, buku, alat tulis, teknologi maklumat dan perkakasan IT.

Visi

Menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan dan membina keyakinan pelanggan atas keupayaan sendiri.

Tenaga penggerak

Aniq Suhair Bin Mohd Salleh

Pengarah Urusan

Beliau merupakan pelajar jurusan pengurusan perniagaan di Taylor’s University. Usia muda bukanlah penghalang untuk beliau mengurus dan mentadbir syarikat dengan baik. Beliau telah berjaya menyuntik idea-idea baharu di dalam strategi syarikat EVSB.

Kamarulzaman Bin Othman

Pengarah

Beliau merupakan graduan Diploma Perbankan ITM dan telah berkhidmat di bank selama 34 tahun. Beliau mahir dalam pengurusan hal-hal kewangan dan pentadbiran syarikat.

Siti Aisyah Binti Kamisan

Pengurus Besar

Pn. Siti Aisyah binti Mohd Kamisan ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), UiTM. Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Perangkaan di Jabatan Perangkaan Negara, kemudian sebagai M.I.C.E Customer Relation Officer di Genting Group dan Penolong Pengurus Jualan di Allson Kelana, Seremban. Kini beliau menerajui EVSB dalam memperjuangkan industri penerbitan di Malaysia.

Mohd Syazreen Abdullah

Penolong Pengurus

Mohd Syazreen Abdullah merupakan graduan Ijazah Sarjana Pendidikan Islam dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Yarmouk, Jordan, dan Diploma Tahfiz wal Qiraat dari Darul Quran JAKIM. Beliau kini sedang menyempurnakan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya. Sejak tahun 2016, beliau aktif dalam bidang penerbitan, terutamanya dalam pengurusan dan penyuntingan buku teks akademik. Beliau pernah dilantik sebagai penyunting Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan 5 (2020) bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, selain menganggotai panel penyemak bacaan al-Quran untuk Mushaf al-Farid. Beliau turut mempunyai pengalaman mengajar sebagai pensyarah di INTEC Education College dan Kolej MARA Banting.

Hantar mesej kepada kami

Mesej dihantar terus kepada Era Visi Sdn. Bhd. Kami akan membalas melalui e-mel atau telefon, dan salinan mesej anda akan dihantar ke e-mel anda.

Ruangan bertanda * wajib diisi.