Kenali Kami

ERA VISI SDN. BHD. (EVSB) merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang penerbitan serta pengedaran buku-buku serta bahan-bahan ilmiah. Syarikat ini ditubuhkan pada 8 Julai 1993 sebagai syarikat penerbitan buku dan kemudian telah berkembang sebagai salah sebuah pengedar buku di pasaran tempatan termasuk pembekalan buku kepada badan-badan kerajaan sebagai Kontraktor Buku Berpusat. Antara kejayaan syarikat ini termasuklah pembekalan buku di bawah projek Nilam/Bank Dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Projek Pembekalan Buku ke Perpustakaan Luar Bandar KEMAS.

EVSB terus mengorak langkah dalam beberapa lagi aktiviti perniagaan, selain penerbitan, pengedaran dan percetakan buku, kedai buku dan kontrak kedai buku sekolah. Antara aktiviti perniagaan lain yang diceburi adalah sebagai pembekal kertas dan alat tulis. EVSB juga telah menceburi aktiviti-aktiviti berkaitan perkhidmatan IT dan multimedia.. Kini dengan gabungan kepakaran dan pengalaman tenaga penggeraknya, EVSB bersedia dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang telah bertapak di pasaran.

18

Warga Era Visi

26

Tahun Pengalaman

39

Projek Berjaya

19

Warga Era Visi

26

Tahun Pengalaman

MISI

Menjadi sebuah syarikat ‘conglomerate’ Bumiputera yang cemerlang dan berwibawa bagi perkhidmatan dan pembekalan berkaitan dengan bahan pendidikan, buku, alat tulis, teknologi maklumat dan perkakasan IT.

VISI

Menghasilkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan dan membina keyakinan pelanggan atas keupayaan sendiri.

Aniq Suhair Bin Dato’ Mohd Salleh

Pengarah Urusan

Beliau merupakan pelajar jurusan pengurusan peniagaan di Taylors Universiti. Usia muda bukanlah penghalang untuk beliau mengurus dan
mentadbir syarikat dengan baik. Beliau telah berjaya menyuntik idea-idea baru di dalam strategi syarikat EVSB.

Kamarulzaman Bin Othman

Pengarah

Beliau merupakan anak graduan dalam jurusan Diploma Perbankan ITM dan telah berkhidmat di bank selama 34 tahun. Beliau mahir dalam pengurusan hal-hal kewangan dan pentadbiran syarikat.

Siti Aisyah Binti Kamisan

Pengurus Besar

Pn. Siti Aisyah binti Mohd Kamisan adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pn. Siti Aisyah binti Mohd Kamisan adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), UiTM. Sebagai graduan Pentadbiran Perniagaan Kewangan dan Pemasaran, Beliau memulakan pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Perangkaan di Jabatan Perangkaan Negara. Beliau kemudian menimba ilmu bekerja sebagai M.I.C.E Customer Relation Officer di GENTING GROUP. Beliau kemudian bekerja sebagai Penolong Pengurus Jualan di Allson Kelana, Seremban. Kini beliau menerajui EVSB untuk cabaran dalam memperjuangkan Industri Penerbitan di Malaysia.

Mohd Shafie Bin Tasiron

Pengurus

Encik Mohd Shafe Bin Tasiron, Pengurus Besar EVSB adalah penggerak utama bagi syarikat Era Visi dalam menerajui syarikat dalam aspek pengurusan dan penerbitan. Penglibatan beliau dalam bidang penerbitan bermula seawal tahun 1988. Bermula dengan penerbitan bahan bacaan ilmiah untuk pembekalan ke Perpustakaan Negara Malaysia di bawah tajaan Bank Dunia beliau juga berpengalaman dalam menerbitkan buku-buku latihan dan rujukan untuk sekolah rendah dan menengah. Bagi pengalaman menerajui syarikat, sebelum ini beliau pernah menerajui syarikat penerbitan dalam projek buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Agensi Kerajaan yang lain. Kini beliau menerajui EVSB untuk cabaran dalam memperjuangkan industri penerbitan di Malaysia.