Pengalaman

Penerbitan Buku

Dalam bidang penerbitan, EVSB telah berjaya menerbitkan buku dari pelbagai genre. Antara genre yang diterbitkan adalah buku umum, agama, akademik dan ensiklopedia. Antara projek penerbitan yang telah dijalankan ialah penerbitan Ensiklopedia Islam untuk pelajar dengan kerjasama sebuah syarikat penerbitan dari Indonesia.

Pengedaran dan Pembekalan Buku

Pengedaran dan pembekalan buku dibuat untuk kedai-kedai buku di seluruh negara, sekolah-sekolah, pusat sumber dan perpustakaan awam. Buku-buku yang dibekalkan termasuklah buku-buku tempatan dan terbitan luar negara. Pembekalan juga turut dibuat untuk jabatan kerajaan dan perpustakaan awam dilakukan dengan lantikan sebagai Kontraktor Berpusat dari Kementerian Kewangan. Selain itu, Era Visi juga merupakan salah satu penerbit JAKIM bagi tajuk Akidah yang dibekalkan ke sekolah di seluruh Malaysia.

Pembekalan Projek Nilam / Bank Dunia

EVSB telah berjaya memperoleh tender pembekalan buku untuk projek Nilam yang bernilai RM 200,000.00. Pembekalan ke 1,000 sekolah terpilih dibawah projek ini dapat dibuat dengan sempurna.

Pembekalan Alat Tulis & Alatan Pejabat

EVSB telah membekalkan pelbagai peralatan dari semasa ke semasa kepada pelbagai agensi dan badan kerajaan. Ini termasuklah pembekalan alat tulis, alatan pejabat, perabot, alatan automasi, alatan bantuan mengajar dan sebagainya. Antara pelanggan kami ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (KLMCC), Jabatan Pendidikan Agama Islam & Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Maktab Perguruan IImu Khas dan pelbagai jabatan lain.

Projek IT

Dalam era teknologi maklumat, EVSB turut diberi peluang melibatkan diri dalam bidang ini. Pembangunan produk melalui saluran IT & Multimedia dengan gabungan tenaga pakar kami, telah berjaya menghasilkan produk-produk yang mampu memenuhi kehendak pasaran. Antara produk yang berjaya dibangunkan adalah Pembangunan CD Science (Click and Explore) untuk Tahun 2 versi Inggeris, Pembangunan MY CD dan Teacher CD Science-Tender Buku Teks (SISTEM) untuk Tingkatan 3, versi Inggeris dan beberapa projek lain.